Tuesday, May 11, 2010

Bahasa Inggeris & Saya

Posted by Anwar On 10:17 PM 0 comments

Ada soalan untuk anda??


Di mana tahap pencapaian Bahasa Inggeris kamu sekarang?

1. Sangat Bagus. Mampu berkata-kata dan menulis dalam BI dengan fasih
2. Boleh la sikit-sikit. Mampu menjawab pertanyaan mudah
3. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi faham apa yang sedang dituturkan
4. Tak mampu langsung berbahasa Inggeris. Bila orang mula cakap BI, saya cepat-cepat Lari atau mengelak

Saya simpulkan apa sebenarnya yang menghalang kita daripada menguasai Bahasa Inggeris :



1. Malu
Takut nak cakap BI sebab takut ayat tunggang terbalik. Takut orang gelak. Apabila kita bertutur dengan orang luar(Overseas) sebenarnya mereka tak kisah pun. Mereka tak gelak. Malah mereka perbetulkan apa yang kita salah. Kadang-kadang kita pun boleh perasan yang dia pun main hentam aje (Tak perfect pun)


2. Malas
Kamus Oxford setebal-tebal kamus tu x kan kita nk baca kan. Kemudian News Straits Time pulak. Semasa menbaca tak faham pulak kan , tanya. Tak faham. Takde usaha nak ‘mencari’. Macamana nak ingat perkataan tersebut? Tapi sekarang mudah. Dah ada kamus elektronik.


3. Tak Minat
Bahasa Inggeris pada waktu ini amat penting. Jika kamu mahu laku dalam industri negara, kuasainya. Jadi mulai hari ini tukarkan daripada Tak minat kepada Minat dengan bahasa inggeris

4. Cikgu Tak Best
Ini juga mungkin boleh jadi sebab mengapa ramai pelajar sekarang tidak mahu belajar bahasa inggeris. Bukan berniat nak salahkan cikgu-cikgu. Sesetengah cikgu tidak cuba untuk membuat kelas Bahasa Inggeris mereka satu kelas yang menarik untuk dihadiri.

5. Tiada Latihan
Cuba untuk bertutur bahasa Inggeris ketika dalam kelas dan bersama kawan - kawan. Banyakkan membaca akhbar dan buku-buku BI. Banyakkan menonton filem-filem BI.

6. Faktor Sekeliling
Mengapa ramai orang cina dan india hari ini lebih mahir berbahasa Inggeris dari bangsa kita? Hal ini kerana mereka sentiasa bertutur dalam bahasa inggeris dalam rutin hidup mereka....




"Masalah paling besar yang timbul adalah apabila graduan ingin mencari kerja. Kebanyakkan syarikat dari sektor swasta menjadikan bahasa Inggeris sebagai suatu kemestian sekiranya mereka mahukan jawatan yang ditawarkan. Dari apa yang saya dapat lihat ketika ini, bangsa Melayu adalah golongan yang paling rugi kerana rata-rata mereka tidak mampu bertutur dengan fasih menggunakan bahasa Inggeris"


Demikian serba sedikit apa yang kita dapat lihat dan rasakan. Bukanlah berniat untuk mengetepikan Bahasa Melayu tetapi sekadar memberi pandangan bahawa pentingnya kita menguasai bahasa inggeris. Sekarang ini, kalau nak pegi mana-mana interview kerja pun pasti dalam Bahasa Inggeris bukan? Jadi penting tak bahasa inggeris ni? Saya sendiri pun dengan kawan-kawan tidaklah berbahas inggeris. Namun sesekali nak praktis tak salah bukan. Jadikan kuasai Bahasa Inggeris ini sebagai Aset diri kita dan menjadi Advantage kepada kita dalam persaingan merebut peluang-peluang dalam industri negara.Opss dh terlebih nie ok ......renungkanlah ye

bye......
Your editor...

0 comments:

Post a Comment