Tuesday, May 11, 2010

Siapakah Rakan English Anda

Posted by Anwar On 10:36 PM 0 comments


Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,
  1. anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda.
  2. Anda dapat belajar daripada kawan anda ini. Apabila ada sesuatu yang anda tidak faham, anda boleh bertanya kepadanya. Apabila dia menerangkannya kepada anda, anda akan rasa lebih mudah faham. Secara umumnya, kita lebih mudah faham apa yang diterangkan oleh rakan sebaya kerana rakan sebaya bercakap menggunakan bahasa dan tahap pemikiran yang agak sama. Jadi anda akan lebih mudah faham dan pandai.


Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris,
  1. anda akan lihat kesungguhan kawan anda ini untuk maju. Anda akan lihat dia bersemangat untuk mencari jalan memajukan tahap penguasaannya. Akibatnya, anda akan terikut-ikut dengan kesungguhan ini.
  2. Anda dapat belajar bersama-sama dan sama-sama mencari jalan bagaimana untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan cepat.
  3. Anda tidak rasa berseorangan. Selalunya, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa dipinggirkan oleh pelajar yang lebih pandai. Jadi, mereka terus memencilkan diri dan tidak mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya kawan yang mahu pandai ini, pelajar ini tidak akan rasa begitu.

    0 comments:

    Post a Comment